Asigment Individu
SENI DALAM PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Mengikut
Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan
mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk
menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan
serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang
mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang
berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam
Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang
kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara
seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang
ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu
bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu
ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan
manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang
dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan
menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu
menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai
pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut
Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan
estetik ( Art is Expression ). Kesenangan
estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil
kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan,
kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan
ini.
2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni
merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam
beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua
seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan,
suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri
kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan
pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.
Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai
dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk
seseorang individu.
“Seni
adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang
manusia yang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei
2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang
dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan
dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan
manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu
yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap
dari pelbagai aspek.
Seni
dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan
lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam
sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting
dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga
turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni
visual.
Irama
merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan
sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu
muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan
menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan
jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan
irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan
ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan
sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang
mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak
akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat
meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu
menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran
Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat
kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti
seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama
yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga
dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung
kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif.
Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara
secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam
memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka
akan menjadi lebih berkesan.
Menurut
Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan
pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi
keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum
dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru
dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan
pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan
sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan
berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui
cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan
sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih
efektif dan proaktif.
3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik
Seni
dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan
bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai
bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat
mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan
memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam
proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan
kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional.
Menurut
Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan
mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni
membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua
benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi
seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept
(1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan
kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan
intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam
Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan
lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan
yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan
strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif
kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam
setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur
seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang
teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar.
Selaras
dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku
pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka
dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap
dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau
tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya
dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda
untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan
tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi
tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran
dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang
individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat
dikenalpasti.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti
semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak
dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh
itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan
kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni
dapat memupuk displin diri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan
kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni
yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi
seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain
berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.
Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih
menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka,
hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan
kita.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”
Bidang
seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan
kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan
penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi
5.0 Kesimpulan
Secara
kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam
pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk
memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah
pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik
dengan kaedah yang digunakan ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar