Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan
Mengikut
Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk
sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf
‘R’adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu
sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’
keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini
kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata
pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara
kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam
Pendidikan ialah:
(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.
Pengajaran
yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan
berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur
dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa
lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih
mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar
secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama
murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra
dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara
kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam
diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.
(ii) Memupuk Nilai Kerjasama
Secara
semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat
mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur
kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama .
Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti
seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial
yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini
mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang
membawa kepada konsep perpaduan.
(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas
Apabila
semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang
dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan
keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya
diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama
memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan
untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan
yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana
yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang
dimiliki.
(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai
penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum
diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun
begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka
dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga
kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea
dan isi kandungan.
(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan
merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan.
Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh
mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina
kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa
segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh
itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat
menjamin keberkesanannya.
Kesimpulan
Kesimpulannya,
kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan
pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai
motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.
Artikel 2
Aplikasi Seni Dalam Pendidikan
Seni
Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan
estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada
murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan
dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Pada
masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam
pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar
yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna
harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar,
Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi
melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.
Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghubungkaitan
dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan
program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata
pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada
matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran
atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk
mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.
Penghubungkaitan
ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk
membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan
unsur-unsur sosial agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati,
menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam
menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam
melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang
setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik
akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan
mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial,
bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan
kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar.
Setiap
pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang
pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan
taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan.
Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan
keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai
seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sistematik. Untuk
mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi,
cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia
ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan
merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan
menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat
peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini
juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik
dan mencabar mereka.
Salah
satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan
dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah :
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema : Persekitaran pokok.
Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.
Pelajaran
diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam
kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains),
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema
Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains,
ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata
pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa
batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran
muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan
seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema
Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri
pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti
seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema
Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang
berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar
membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang
sebenar.
Penyediaan
kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran
sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang
mudah kepada yang lebih mencabar.
Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P
Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P
a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
Kebaikan dan kelebihan. Antaranya :
(a)Mempunyai
kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja.
Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja,
maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka
telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu
dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini
akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah
Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran?
Seni
dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan
berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar
menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai
keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara
tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka
berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis.
Bukan
itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak
keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan
untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan
pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman
yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran
kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan
pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk
menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil
risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan.
Seni
dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi
peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui
pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang
digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan
membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat
secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa
yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan,
memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik
ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk
penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu
aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai
dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk
menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar